Namun begitu, bukan semua yang
sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu
benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi
kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian -
"syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan
palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu"
(6:112).
Untuk mengetahui sama ada
jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah
calculator dan sebuah kitab al-Qur'an. Mula dari surah Fatihah yang
diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian
pergi ke hujung surah 2 (al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286.
Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang
ke-114. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah
ayat-ayat al-Qur'an yang sebenar.
Pengiraan tersebut disenangkan
di sini. Disediakan di bawah ini satu senarai yang mengandungi surah-surah
(menurut nombornya sahaja), jumlah ayat-ayatnya, dan jumlah kesemua ayat di
dalam surah-surah itu, atau jumlah kesemua ayat kitab al-Qur'an yang
sebenarnya
:Surah:1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 68411-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 42816-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 58221-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 44926-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 53731-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 23636-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 51341-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 29246-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 16551-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 30456-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 18461-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 6666-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 19071-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 17276-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 20981-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 13186-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 11291-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 6396-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20-----------------------------------------------------------Jumlah besar = 6,236 ayat
Maka bilangan ayat di dalam
al-Qur'an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti
yang diajar ulama palsu.
Tiap-tiap surah, melainkan
surah 9 (At-Taubah), bermula dengan "Bismillah." Akan tetapi hanya Bismillah
yang pertama di dalam al-Qur'an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah), dikira sebagai
satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di surah
lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.
Andaikata bilangan 112 itu
ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi 6,348, yang bukan juga
sebanyak 6,666 yang keramat itu.
Perbezaan bilangan ayat
di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666 adalah 430 dan 318
masing-masing. Perbezaannya besar. Di manakah pula
tersimpannya ayat-ayat yang berlebihan itu?
Mungkin terdapat orang yang
mempercayai ada unsur mistik pada nombor 6666 itu. Sekiranya begitu, maka mistis
nombor 6666 itu adalah, tiada lain, tetapi hanya karut belaka. Kerana tiada ayat
Allah daripada al-Qur'an yang tersembunyi. Tiada juga kebenaran pada kepercayaan
iaitu hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui rahsianya.
Ayat-ayat Allah di dalam
al-Qur'an adalah jelas dan nyata untuk dibaca dan dijadikan petunjuk bagi semua
lapisan manusia di dunia. Mereka diturunkan Allah sebagai bukti yang jelas lagi
nyata atas kebenaran yang sebenar. Terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang
menyebut mengenainya. Antaranya adalah enam yang berikut:
1. "Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)" (2:99).2. "Demikianlah, Kami menurunkannya sebagai ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki" (22:16).3. "Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang menghendaki untuk menghalangi kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah'; dan mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan kedustaan yang diada-adakan'" (34:43).4. "Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza" (2:185).5. "Inilah bukti yang nyata bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang yakin" (45:20), dan,6. "Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku (Muhammad) bukanlah penjaga kamu" (6:104).
Kembali kepada nombor 6,666,
lalu teringat akan seorang kenalan, semasa bekerja dulu, yang mengatakan jumlah
ayat al-Qur'an adalah sebanyak itu. Setelah diberitahu jumlah yang sebenar, dan
bagaimana ia diperolehi, dia berkata, sedang tidak mempercayainya, bahawa dia
akan bertanya "Tok Mufti" mengenainya. Tok itu adalah guru yang mengajarnya.
Sangat dibanggakannya. Mahukah tidak berbangga dapat berguru atau berapat dengan
seorang Mufti negeri yang manis rupa dan pertuturannya, lagi dihormati dan
masyhur pula. (Mufti tersebut telah bersara beberapa tahun lalu.)
Itulah padah bagi mereka yang
tidak mahu mendengar semua ucapan atau pandangan orang lain. Mereka hanya
mendengar ucapan orang-orang tertentu sahaja yang disangka alim serta
didewa-dewakan oleh orang ramai. Lalu bukti yang jelas dan nyata,
apabila tampil ke mukanya, didustakan dengan sengaja. Sebab, ingin menerima
ucapan "dewa" yang palsu dan indah, yang menipunya (atas kecuaiannya sendiri),
sebagai yang hak dan benar.
Setelah Allah
memperingatkan supaya mendengar semua ucapan orang, serta menggunakan minda
untuk memilih dan mengikuti yang terbaik daripadanya, sesetengah orang Melayu
masih dalam keraguan. Walaupun, cara itu, tambah-Nya lagi, akan membuat-Nya
memberi petunjuk, namun mereka tetap dalam keadaan ragu-ragu atau
lupa.
Justeru,
Peringatan itu diturunkan di bawah ini untuk renungan bersama. Dengannya,
berakhirlah tulisan di sini. Firman Allah:
"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda" (39:18).



Tidak ada komentar:
Posting Komentar